PEREmPuAN Di NERaKa

Monday, September 7, 2009

Sayidina Ali ra menceritakan suatu
ketika melihat Rasulullah menangis
manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu
keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku
di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang diseksa
dengan
berbagai seksaan. Itulah sebabnya
mengapa aku menangis. Kerana,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan
mengerikan seksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa
yang dilihat ayahandanya. "Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya,
otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua
kakinya dengan terikat tangannya
sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular
dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan
badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat
perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya
pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api
neraka, otaknya keluar dari lubang
hidung, badannya berbau busuk kerana
penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya
seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api
masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya sementara malaikat memukulnya
dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan
mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku,
adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah
wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh
laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah
isteri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya
ialah perempuan yang tidak taat
kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa
izin suaminya, dan perempuan yang tidak
mahu mandi suci dari haid dan
nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri
ialah kerana ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka
mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya
sendiri dengan gunting api neraka kerana
ia memperkenalkan dirinya kepada orang
yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat
laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya
kerana ia bisa solat tapi tidak
mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi
dan badannya seperti himar ialah
tukang umpat dan pendusta. Perempuan
yang menyerupai anjing ialah
perempuan yang suka memfitnah dan
membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah
Az-Zahra pun turut menangis. Dan
peringatan ini bukan saja untuk kaum
perempuan tetapi untuk kaum lelaki.
Yang merosakkan perempuan adalah kaum
sebilangan lelaki kerana iman mereka
lemah dan mudah tergoda serta dengan
ayat dan janji manis yang tidak akan
dikotai.
Yang merosakkan kaum lelaki adalah
sebilangan kaum perempuan kerana
mendedahkan ape yang wajib
ditutup,mengoda kaum lelaki,lemah
iman(cepat cair),termakan kata-kata dan
janji-janji manis lelaki (DASAR
JANTAN).Jika antum berani bermaksiat
maka antum berani masuk dan merasai azab
api neraka.

MAKA JAGALAH AURATMU,PERGAULANMU,TUTUR
KATAMU,TINGKAHLAKUMU DAN MANTAPKAN
IMANMU DAN TAQWAMU SEBELUM DILAKNAT ALLAH!!!

0 comments: