Di sEBaLiK LEnAMU

Monday, September 7, 2009

Sesunggunya tidur itu penting bagi
kita dan merupakan satu nikmat yang
amat indah. Tetapi dalam kenikmatan
itu, tidur juga dapat memberi mudarat
sekiranya tidak berlandaskan ajaran
Islam yang sebenar. Islam telah
mengajar kita disiplin yang sebenar
dalam menguruskan tidur yang sempurna.

TIDUR YANG BERMANFAAT

Tidur yang paling penting ialah tidur
pada waktu malam yang tidak melebihi 8
jam. Allah berfirman :
“Dan Dia menjadikan malam sebagai
pakaian bagimu dan tidur sebagai
rehat, dan menjadikan siang untuk
bertebaran mencari rezeki”
(al-Furqan : 47)

ANTARA GALAKAN DAN LARANGAN

TIDUR SELEPAS SUBUH

Makruh hukumnya jika kita tidur
selepas Subuh. Ini disebabkan antara
solat Subuh dengan terbit matahari
adalah pembuka dan permulaan siang.
Permulaan turunnya rezeki dan barakah.
Tidur pada waktu ini akan mewarisi
kepapaan, ertinya pintu rezeki kita
akan menjadi lebih sempit.

TIDUR TENGAH HARI

Amalan tidur sekejap pada waktu tengah
hari iaitu sejurus sebelum masuknya
waktu Zohor ialah amalan sunnah yang
dapat menyegarkan tubuh badan. Apabila
tubuh badan segar, kita mampu membuat
kerja dengan selesa tanpa merasa
mengantuk. Tidur tengah hari yang
dimaksudkan ialah selama 15-20 minit
sahaja barulah tenaga dapat
dikembalikan dan menjaga kesihatan.
Elakkan daripada tidur yang lebih lama
daripada itu.

TIDUR SELEPAS ASAR DAN PADA PERMULAAN
MALAM

Tidur selepas Asar pula akan mewarisi
kegilaan. Begitu juga tidur pada
permulaan malam iaitu sebaik sahaja
matahari jatuh hingga waktu Isyak.
Dalam hadis riwayat Abu Barza, beliau
berkata :
“Nabi Muhammad SAW membenci tidur
sebelum solat Isyak dan tidak suka
banyak berbicara sesudahnya”

AMALAN SEBELUM TIDUR

Antara amalan Nabi sebelum tidur
ialah :

1. Berwuduk



2. Tidur dalam keadaan mengiring badan
ke sebelah kanan seperti orang mati di
dalam liang lahad.


3. Dilarang tidur meniarap.


Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Tidur meniarap ialah tidur ahli
neraka”


4. Mulakan tidur dengan membaca doa
dan zikir.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah rha :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur
sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. Khatam Quran
2. Membuat aku memberi syafaat untukmu
pada hari akhirat
3. Mendapat redha para muslim
4. Laksanakan haji dan umrah”

Bertanyalah Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapt
melaksanakan 4 perkara itu?”

Rasulullah senyum lalu menjawab :
“Sebelum engkau tidur bacalah :
1. Surah al-Ikhlas 3 kali, amalan ini
seakan-akan engkau khatam Quran
2. Berselawat ke atasku, maka aku akan
berikan syafaat kepadamu pada hari
akhirat
3. Beristighfar untuk para muslimin,
maka mereka akan meredhaimu
4. Perbanyakkan bertasbih, bertahmid,
bertahlil dan bertakbir, ia seakan-
akan kamu telah melaksanakan haji dan
umrah”

5. Kalau mampu, sebelum tidur bacalah
surah as-Sajdah dan al-Mulk semoga
kubur kita nanti menjadi terang-
benderang.


6. Membaca ayat Kursi dan 4 Qul supaya
tidak diganggu manusia dan jin sewaktu
tidur.

FINAL THOUGHT

Tidurlah mengikut masa yang ditetapkan
dan mengikut adab-adab tidur
sepertimana yang diajar Rasulullah
SAW. Sesungguhnya apabila kita tidur,
kita seolah-olah kembali kepada Allah
SWT, kerana nyawa kita diambil
sementara oleh-Nya sewaktu kita tidur.
Oleh sebab itu, tidur dikatakan
saudara kepada mati.

0 comments: